Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim memaklumkan dia tidak sabar meraikan kedatangan Syawal tahun ini di tanah air selepas mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Malah menurutnya lagi, dia kini menjadi individu paling tua dalam keluarga selepas ibunya telah pergi mengadap Illahi.

“Kita manusia akhir zaman, manusia yang rosak agamanya. Kita memasuki dunia yang penuh fitn4h. Berhati-hatilah dalam apa juga perbuatan, “jagalah agama & maruah”.

“Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik, yang menyayangi agama, keluarga. Jadilah manusia yang takut mengec3wakan Tuhan, Nabi & Agama.

“Kedamaian keluarga yang rukun itu adalah lebih baik dari segalanya. Nenek Ami kasihkan kamu kerana agama ..!! (anak Kri panggil saya Nenek Ami).

“Saya nak balik dah ni, InsyaAllah pertama kali raya tak ada Mak. Saya lah ganti arw4h Mak, saya paling tua sekarang dalam keluarga kami. Saya nak sambut raya kat Malaysia dengan anak cucu,” jelasnya.

Rozita yang sinonim disapa Bonda Rozita memuat naik perkara itu di dalam satu hantaran terkininya di Instagram.

Pada masa sama, Rozita turut memohon maaf atas khilasnya seisi keluarga.

“Hati ni sangat rindu kat rumah hutan juga. Ya Allah berkati negara kami, aman dijauhkan musibah, suburkan rezeki rakyat Malaysia semuanya dengan rukun & damai.

“Sekali lagi saya minta dimaafkan kekurangan, khilaf bonda pada anda semua yang kenal saya ya. Ramdhan malam 29 ni kita mengharapkan lailatul qadar.

“Saya sudah sampaikan semua infak anda semua ” semoga gandaan pahala anda dapat dibumi yang penuh keberkahan,” tulisnya lagi.

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!