Sepanjang ramadan tahun 2022, banyak makanan yang dijual untuk juadah berbuka puasa viral dikongsikan oleh pembeli. Ada pelbagai kisah menarik yang dikongsikan dan juga sebaliknya.

Antara yang begitu hangat mendapat sambutan merupakan nasi Arab daripada Cef Ammar Ali dimana ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi Arab dijualnya.

Namun begitu itu cerita mengenai nasi, Youtuber dan pengarah terkenal Syahmi Sazli pula tidak semena-mena hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini kerana air yang dijualnya juga antara yang menjadi ‘tersohor’ sehingga mendapat pelanggan yang sanggup beratur panjang.

Terdahulu, Syahmi Sazli tular dengan menerima pujian ramai kerana berniaga air meskipun ramai mengetahui kejayaannya di Youtube mahupun sebagai pengarah filem lalu menyebabkan dia dipuji seorang yang sangat humble.

Dalam pada itu, menyaksikan pula hantaran video terbaru Syahmi Sazli di Instagram, dia meluahkan rasa syukur apabila jualan air mendapat sambutan sehingga habis 860 tin susu.

VIDEO ”

Netizen puji Syahmi Sazli jual air tepi jalan walaupun dah bergelar jutawan

Netizen puji Syahmi Sazli jual air tepi jalan walaupun dah bergelar jutawan.Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat humble berniaga air di bulan puasa.

Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling humble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi.

Menerusi satu perkongsian video menunjukkan gelagat Syahmi Sazli dan isteri dirakam ketika menjual air bersama. Air yang dijual mereka juga dalam pada masa yang sama difahamkan telah viral.

Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg_ di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.

Rata-rata warganet meninggalkan ratusan komen positif dengan sikap pasangan bahagia tersebut yang begitu humble.

“Dah kaya tapi masih tetap berniaga sebab dia memang minat berniaga, orang paling humble”

Hantaran video oleh Syahmi Sazli tersebut tidak sekadar menarik perhatian ramai dengan sikap humble dirinya malah air yang dijual juga dipuji apabila tidak mudah tawar malah boleh diminum sehingga ke sahur.

KOMEN NETIZEN :

“Menangis orang Terengganu tengok ni…”

“Kau ni memang betul-betul inspirasi la, berjalan saja otak kau ya”

“Selangor ada chef Ammar, Kelantan ada Syahmi Sazli”

“Boleh bagi peluang perniagaan pada anak-anak”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!