Selepas Sbulan Kahwin, Zizi Kirana Dedah Apa Yg Suaminya Buat “Bila dh kahwin baru tahu Yusuf…”

Sebulah dah kahwin, Zizi Kirana kata dia sangat bahagia melayari bahtera rumah tangga dengan Yusuf Bahrin.

Kata penyanyi ini, aktiviti hariannya berubah kerana perlu menjalankan tanggungjawab seorang isteri.

Foto: IG

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStar.

Menurut Zizi lagi sekrang dia sedang mencari waktu yang sesuai untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi… sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni… InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan… bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah.” -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!