Pelakon Abby Abadi,44, sebelum ini memaklumkan bahawa dia turun berkempen untuk bantu sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), iaitu Pakatan Harapan (PH).

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan  juga menggunakan media sosial sebagai medan untuk berkempen dan beberapa postingnya telah menerima reaksi tidak baik dari pengikut Instagram sehingga ada yang “unfollow” kerana tidak puas hati cara dia berkempen.

Dalam perkongsian terbaru di Instagramnya, Abby memuatnaik video memaparkan dirinya sedang kegembiraan sambil memegang poster Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru saja dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Yey! tak sia2 kena m4ki. Demi Malaysia yg lebih baik.Demi Masa depan Anak2. Terima Kasih atas Perjuangan & pengorb4nan selama harini. ALLAH izinkan juga akhirnya naik sbg Perdana Menteri DS @anwaribrahimofficial. Sukses terus DSAI”

“ps; warga singapore, jumpa kami esok lusa tulat ye di P7 Marina Bay Sand. Sy bawak Rempeyek Harapan, Kek Choc Moist Abang Mat Sabu, ChocoJar Syed Saddoq. Ehhh lupa Kerepek Pisang DS Wan Azizah”

“Kawan baik kesayangan Sy @azzaelite bawak Sejadah Gebu Nasional ye kali ni. Choc cookies Ismali Bera, Deedat Zahid Hamidi hihi”

Support tau!’ katanya.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Terdahulu,

umum mengetahui Abby merupakan penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS)

yang disertainya pada tahun 2012 dan kemudian beralih arah menjadi penyokong

Pakatan Harapan (PH) sejak 2017 lalu.

Sumber/ Kredit :- CARI

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *