[VIDEO] Pelakon Kanak2 Ini Dikatakan Seiras Amir Raja Lawak, “Ingat Anak Amir Rajalawak, Sebijik Dia Lawak”

Sejak akhir-akhir ini ada beberapa drama tempatan yang masih ditayangkan dan mendapat perhatian umum. Trend drama adaptasi dari novel sememangnya mendapat sambutan hangat. Salah satunya adalah ‘Bisik-Bisik Gelora’ yang dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Dalam drama ini karakter Arumi yang dilakonkan Raysha Rizrose memiliki seorang anak lelaki dengan nama Akif. Bagaimanapun karakter pelakon kanak-kanak ini telah mencuri perhatian ramai apabila ada yang berpendapat rupa parasnya seiras Amir Raja Lawak.

Perkongsian video di TikTok mendakwa pelakon kanak-kanak ini dikatakan seiras Amir Raja Lawak sekali pandang. Berikut adalah perkongsian video yang menyamakan pelakon kanak-kanak dan pelawak ini:

VIDEO :

Perkongsian video tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun travel_geligeli ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Aduh ni cerita Amer masa kecik dulu. Baru tahun ni masuk TV3”

“Ending dia nanti Akif dah besar jadi Amir Raja Lawak. Tengok la kalau tak caya…Hahaha”

“Hahaha yang ni betul2 lawak, pecah perut aku gelak. Rupanya amir bapak dia”

“Ingat hakak sorang jer cakap muka Akif tu sebijik macam muka Amir Raja Lawak”

“Aku takut episod akhir kang Amir Raja Lawak masuk”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!