USAHAWAN sensasi Kak KM bakal mengambil tindakan sam4n terhadap seorang peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya sebagai bahan promosi tanpa kebenaran.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, individu terbabit dikatakan menjual produk bengkung sama seperti produk KM Ikat keluaran syarikat miliknya.

“Pagi ini (Khamis) saya nampak individu tersebut semakin banyak guna gambar dan video saya untuk tujuan promosi sedangkan dia bukannya jual produk saya.

kak km 2

Kak KM tak akan berdiam apabila ada orang cuba ambil kesempatan.

“Saya tidak kenal dia siapa, dia juga bukan menjual produk milik saya. Tak tahulah produk dari mana yang dijual namun mudah-mudah guna gambar saya.

“Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat laporan dan tunggu surat sam4n,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berkongsi satu video memberi am4ran kepada individu berkenaan di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, Kak KM memberitahu dia mula menyedari tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan sejak sebulan lalu, namun masih mengambil langkah berdiam diri kerana memikirkan ia bukanlah satu perkara serius.

Bagaimanapun, dia mula bertindak selepas perniagaannya terkesan sehingga ramai pelanggan mula bertanya kesahihan produk tersebut.

“Sebenarnya sudah sebulan juga saya perasan tentang perkara ini. Selama ini hanya berdiam sahaja. Tidaklah fikir mahu ambil sebarang tindakan saman.

“Semakin lama saya nampak orang itu semakin menjadi-jadi. Dia ambil jalan mudah guna gambar dan video saya. Ramai juga yang bertanya adakah itu benar produk saya sebab itu rasanya saya tidak boleh terus berdiam,” ujarnya.

Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat laporan dan tunggu surat saman

KAK KM

USAHAWAN

Mengakui beng4n dengan individu berkenaan, Kak KM berkata dia bersedia untuk berdepan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Tambahnya, ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga ada pihak lain yang melakukan tindakan sam4.

“Saya memang rasa mar4h sekarang ini. Kalau jumpa nak tumbvk mvka orang tu sebab ambil jalan mudah macam ini. Saya penat berniaga, ada pula orang lain yang ambil kesempatan dengan cara begini.

“Bukan sekali terjadi. Sudah banyak gambar dan video saya digunakan tanpa kebenaran. Kalau terus berdiam takut nanti perkara begini akan terus berleluasa,” jelasnya.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *