Anna Jobling baru ini menghadiri pameran ‘Barbie House of Dream’ anjuran ION Orchard yang berlangsung di Singapura. Bintang utama drama Melur Untuk Firdaus ini meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa melihat ratusan patung-patung barbie di pameran tersebut.

Jadi Patung Barbie

Melihat muatnaik terkini Anna di Instagram, pelakon muda ini menitipkan rasa gembira dapat berpeluang menjadi patung Barbie seketika dengan bergambar di dalam kotak Barbie di pameran tersebut.

“Bahagian yang terbaik adalah apabila saya dapat menjadi Barbie saya sendiri dalam pakaian saya sendiri.” Tulis Anna

via Instagram Anna Jobling
via Instagram Anna Jobling

Hantaran yang dikongsikan Anna mencuri perhatian para peminatnya, rata-rata ramai yang memuji pelakon jelita ini cantik persis bak patung mainan terkenal berkenaan.

“Comel Barbie hidup ni.”

“Masya Allah macam Barbie hidup ni.”

“Alala patung Barbie sebenar.” Komen warganet

via Instagram Anna Jobling

“Dia selalu cantik tapi ini nampak macam Barbie.”

“Barbie Anna J.”

“MasyaAllah Barbie sebenar.” Komen mereka

Sekadar info, pameran ‘House of Dream’ ini merupakan anjuran ION Orchard yang menampilkan ratusan patung-patung Barbie yang unik termasuklah koleksi khas milik individu bernama Jian Yang yang merupakan salah seorang pengumpul patung Barbie terbesar di Asia.

Pameran ini diadakan galeri pameran ION di Singapura yang berlangsung dari 20 September sehingga 21 Oktober 2022 dan dibuka untuk orang ramai.

Sumber/Kredit : murai.my

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!