Susulan video kontr0versinya menari gh4irah bersama Baby Shima dikec4m teruk, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan akan mengundurkan diri dari media sosial.

Selepas memuat naik video tersebut, perkongsian Aliff mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar ubat dengan kapsyen, “M4tikan aku dengan tenang dan beriman”.

Perkongsian Aliff itu sekaligus menimbulkan kerisauan mengenai keadaan usahawan itu serta meminta supaya beristighfar.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah gambar itu merupakan mesej untuk dia membvvnvh diri.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan itu hanyalah drama semata-mata untuk meraih simpati daripada orang ramai. Difahamkan, perkongsian itu telah pun dipadam beberapa minit dimuat naik.

Seorang netizan tampil mendedahkan gambar p1l yang di muat naik oleh Aliff Syukri tersebut merupakan gambar ubat milik beliau yang di kongsi pada tahun 2020

Pulak dah! Kejadahnyaaaa

Kredit: NaufalAntezem

Reaksi netizan selepas pendedahan ini

“Snap gambar vitamin pun org dah percaya lip.. Ni ko cilok gambar org..”

Sebelum ini Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut ‘B.aby Sayang’ nyanyian duetnya bersama Baby Shima di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Rozita meminta anaknya itu supaya memadam video klip berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ni baiklah mak (ibu) w4rning (beri amaran) mak m4lu. Percayalah… tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).

“Mak suruh kamu delete (padam), tak nak delete (padam) video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Rozita turut meluahkan kesedihannya dengan perbuatan Aliff Syukri dan meminta anaknya itu supaya tidak mem4lukan keluarga mereka.

“Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut – tak kasihan kepada kami.

“Mak terpaksa post (muat naik) dekat sini secara terbuka, apa Kri buat mem4lukan mak… jujur mak tidak mahu m4lukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang,” katanya.

Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemvh dan dih1na netizen.

“Kasihan pada arw4h abah, nenek… Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).

“Kri hanya ada mak je (saja) orang tua – pandang Ida (isteri) – anak-anak – kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida m4ti kerana tertekan,” katanya.

Sumber/ Kredit : TS

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!