
Ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil mempertahankan anak dan menceritakan punca sebenar mengapa dah tak berminat untuk bersama Sepahtu Reunion Live (SRL).
Dalam hantaran di Instagram, ibu Shuib berkata keputusan tak meneruskan SRL lebih baik daripada anaknya terus ditindas dan diperlakukan macam orang tak bermaruah. Lebih menghangatkan keadaan apabila ibu Shuib memetik hal ‘sahabat’ dalam isu ini.
Punca sebenar Shuib tawar hati
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan peminat kumpulan lawak Sepahtu tersebut. Ada yang menyokong tindakan si ibu menceritakan situasi di pihaknya, ada juga yang mengkritik ibu Shuib kerana masuk campur.
Menurut netizen, orang lain tak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi Shuib sudah dewasa.
Kecaman tersebut mendapat perhatian ibu Shuib dan ini responnya. Selain ibu Shuib, pembantu peribadinya juga dilihat mempertahankan pelawak tersebut
“Bukan gaduh, cuma salah faham”… Mamat Sepah harap Shuib dan Jep bersatu semula, jangan berpecah
PELAWAK Mamat Sepah meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan wujud perselisihan faham membabitkan dua sahabatnya iaitu Shuib dan Jep.
Memilih untuk enggan mengulas lanjut mengenai krisis dalaman itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berharap agar kedua rakan baiknya itu dapat selesaikan permasalahan ini dengan baik dan adil.
“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.
“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu,
“Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” kata Mamat kepada mStar.
Kredit: Instagram Salamiah Jalani
Sumber/ Kredit : http://limauasamboi.pw/
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.