PETALING JAYA – Memahami keterujaan seluruh warganegara yang tidak sabar untuk memulakan perjalanan rentas negeri susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, aktres Mira Filzah sempat menitipkan pesanan agar semua pihak mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Former Malaysian Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob waves to members of the media before departing for a meeting with the King, in Kuala Lumpur, Malaysia, August 19, 2021. REUTERS/Lim Huey Teng

Turut menyambut baik berita yang ditunggu-tunggu tersebut, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, amat berharap orang ramai dapat menjaga diri bagi mengelakkan kes positif c0vld-19 kembali meningkat.

TANGKAP layar perkongsian Mira dalam InstaStorynya hari ini.

“Alhamdulillah tetapi jaga diri okey. Jangan sampai kes naik semula, tolonglah.

“Jadilah rakyat yang bertanggugjawab,” kata pelakon Sweet Dreams itu dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

Selain pesanan tersebut, bekas pengacara Nona itu turut menasihatkan orang ramai agar membuat ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebelum dan selepas melakukan aktiviti merentas negeri.

“Hendak pergi mana-mana, lakukanlah ujian RTK-Ag sebelum dan bila sudah pulang,” katanya lagi.

Hari ini, rakyat Malaysia seperti menerima kejutan istimewa selepas Ismail Sabri mengumumkan pihak kerajaan telah menarik semula larangan rentas negeri bermula esok. – K! ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!