Kisah pencer4ian yang berlaku di antara pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mendapat perhatian meluas daripada peminat setia mereka apabila pasangan itu mengumumkan sudah berpisah pada Khamis.

Berita itu juga turut menarik perhatian pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini sedang berdepan dengan isu pergol4kan rumah tangga.

Menerusi laman Insta Story, Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, tampil memberikan sokongan buat Nina.

“Always a fan of you Mizz Nina, be strong. Indeed, Allah is with the patient (sentiasa mengidolakan awak Mizz Nina, semoga diberikan kekuatan. Benar, Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar),” tulis Sarah.

Selain Sarah, menerusi pemerhatian di laman Instagram Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim, 42, ramai rakan selebriti turut memberikan kata-kata sokongan buat bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu.

“I love you Nina, hugs,” tulis Shila Amzah.

“May Allah SWT ease everything for the both of you and your son,” titip Fazura.

“With difficulty comes doubles eases. Sending you lots of love,” tulis Ummi Nazeera.

“Perancangan Allah yang terbaik, semoga Allah kurniakan kekuatan buat kedua-dua insan baik ini,” tulis penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro.

Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan pasangan itu mengumumkan telah bercerai talak satu pada Khamis.

Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka.

Foto:  Instagram Puteri Sarah, Mizz Nina

Sumber/Kredit :MH

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!