Gara-gara bertindak ‘meny3rbu’ beberapa persembahan dengan tariannya, nama Elly Mazlein sekali lagi tular di media sosial apabila ada wargamaya yang menyatakan rasa kurang selesa.

Menurut mereka, aksi menari dan tidak terkawal Kak Lina sewaktu persembahan Jaclyn Victor, Fuad Rahman dan peserta lain diibaratkan seperti menjel3kkan serta mengganggu tumpuan peserta untuk memberikan persembahan terbaik.

“Kak lina ni kena belajar dengan Jihan untuk persembahan pentas, tak boleh sembor0no buat hal, kena tahu kawal schedule. ni sampai nabil terkejar kejar kesian dia,” komen seorang wargamaya.

“Maybe kak lina pom pom boleh kurangkan interrvpt masa juri bagi komen ok KLPP. It’s ok kak lina i will always love you ok,” kata seorang wargamaya.

“Tak tahu kenapa tapi kak lina kena slow down sikitlah. Tenaga dia bagus tapi kadang ann0ying,” ujar seorang wargamaya.

“Kak Lina, so far kita semua enjoy dengan energy dan gaya Kak Lina tapi harap jangan cross that fine line lah yang boleh membuatkan dari suka jadi meluat. Just saying,” tulis seorang wargamaya.

Dalam pada itu, pihak saluran Astro Ria turut memaklumkan apa yang dilakukan oleh Kak Lina selaku pengacara adalah secara spontan dan tidak dikawal.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, pihaknya akan mengambil kira dan mendengar setiap luahan daripada penonton.

“Apa yang berlaku malam ni sebenarnya tidak dirancang. Ia spontan dan Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam ni. Ada part dia menari keluar masuk tu completely tiada kawalan.

“Kami ambil maklum setiap komen daripada penonton. Apa-apa pun ini adalah pertandingan dan kami akan pastikan ia tidak mengganggu peserta-peserta GV9.

“Saya tahu ramai orang ada pendapat masing-masing dan kami juga akan beri nasihat pada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya lebih terkawal.

“Tapi dari pihak saluran sendiri, kami mahu seimbangkan antara nilai hiburan dan tidak mahu menjejaskan persembahan sesiapa,” jelasnya kepada Gempak.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

GV9: “Kak Lina Tak Kacau, Saya Yang Rancang…” – Jaclyn Victor

Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor memaklumkan kehadiran pengacara Elly Mazlein ke dalam persembahannya sehingga membuatkan dia ketawa adalah sesuatu yang dirancang.

Menurut Jac, dia tidak terganggu dengan kehadiran Kak Lina malah menyifatkan bekas peserta GV3 itu sebagai comel.

“Kak Lina tak kacau cuma dia comel. Saya tergelak tu bila tengok muka dia macam ‘kurang ajar kau panggil aku sekejap je eh’.

“Saya ketawa sebab nampak dia cute sangat, tak terganggu pun. Dia tak tahu sebenarnya. Saya rancang Kak Lina masuk sebab dia pernah bawa lagu ni dulu kan.

“Saya ada terfikir jugaklah kalau momen saya tergelak tu akan menjejaskan markah mana tahu kan, tapi tu la saya tergelak sebab sump4h muka dia lawak g1la, itu sahaja,” kata Jac ketika ditemubual.

Jac ditemui pada majlis sidang media konsert minggu ketiga GV9 yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Dalam pada itu bagi juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dia tidak akan menghukum seseorang peserta jika peserta itu terganggu dengan faktor-faktor yang tidak boleh dikawal.

“Bagi saya sendiri, ia tidak mempengaruhi markah peserta malah ia juga menunjukkan betapa profesionalnya artis tersebut untuk kawal situasi tersebut.

“Pada saya tiada masalah selagi penyanyi tersebut boleh kawal situasi, ia bukanlah satu masalah. Pada saya, Kak Lina sangat kelakar, dia tidak mengganggu saya.

“Saya rasa dia tahu batas dia dalam cuba menghiburkan penonton tapi juri lain saya tak tahulah. Tapi kita sebagai juri tahu kalau peserta itu terg4nggu kerana Lina, kita tak akan hukvm peserta.

“Sebab kita tahu kan, dia ni terganggu sebab Lina masuk tadi, so kita tak jatuh hukum pada peserta. Kalau kita tengok peserta tu tahu macam mana nak kawal situasi, itu menunjukkan dia punya profesionalisme, tiada masalah,” ujarnya kepada Gempak.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

VIDEO :

Sumber/Kredit : GEMPAK

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *