SELEPAS lebih tiga bulan mengumumkan percer4ian, penyanyi Bad Indigo akhirnya buka mulut menjelaskan antara faktor yang membawa kepada perpisahannya dengan bekas isterinya, Ashira Aziz.

Mengakui silap sendiri, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, turut memohon maaf kepada Ashira dan keluarga kerana tidak bersikap jujur sejak awal perkenalan mereka.

“Kami berpisah disebabkan salah saya. Sejak awal saya yang tidak jujur dengan dia (Ashira). Saya tidak beritahu tentang s4kit yang dialami sehingga akhirnya kami berpisah.

“Saya pentingkan diri sendiri ketika itu kerana takut kehilangannya. Apabila tiada kejujuran maka hilanglah kepercayaan. Itu silap besar saya dan Ashira menjadi m4ngsa.

bad indigo 1

Bad mengakui kesalahan sendiri jadi punca cer4i.

“Saya minta maaf kepada Ashira dan keluarganya atas apa yang dilalui. Dia tidak bersalah dan tiada orang ketiga dalam hubungan kami,” katanya.

Dalam masa sama, anggota kumpulan Indigo ini juga memohon kepada semua pihak agar berhenti menunding jari dan meletakkan kesilapan ke atas Ashira.

Bad berkata demikian apabila ramai yang mengatakan punca perpisahan mereka disebabkan wujud orang ketiga dan turut mengaitkan masalah kesihatan yang dialami sebagai punca rumah tangga mereka tidak bertahan lama.

“Ramai orang yang tidak puas hati apabila kami umumkan bercer4i dan tidak membongkarkan puncanya. Disebabkan itu semua orang terus kec4m Ashira. Ada yang kata dia tinggalkan saya disebabkan kaki kudung.

Saya minta maaf kepada Ashira dan keluarganya atas apa yang dilalui. Dia tidak bersalah dan tiada orang ketiga dalam hubungan kami

BAD INDIGO

PENYANYI

“Jika tidak tahu hujung pangkal, kenapa perlu sibuk hal orang. Lebih baik diam jika tiada perkara elok hendak diperkatakan. Setiap kec4man itu boleh menimbulkan fitn4h dan anda semua buat ‘d0sa kering’.

“Tidak adil untuk Ashira apabila dia terus menerima kec4man. Anda tidak tahu apa yang dia lalui sangat meny4kitkan,” ujarnya.

Bad dan Ashira melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac tahun lalu namun pasangan itu mengumumkan pencer4ian mereka pada Jun lalu.

ashira 1

Ashira mengumumkan kembali bercinta dengan teman lama.

Bekas peserta program Vaganza musim ketujuh ini juga kini mengalami kesukaran bergerak akibat peny4kit di4betes dan telah menjalani pembed4han membuang lima jari kaki kiri.

Sementara itu Bad juga terus mendoakan kebahagian Ashira selepas penyanyi itu mengumumkan telah bertemu pengganti h4ti sejak sebulan lalu.

“Ashira berhak mendapat kebahagian dia. Insya Allah ini masa dia. Jadi kenapa nak kec4m dia.

“Jika tidak di dunia ini, saya doa akan agar dapat kebahagiaan di akhir4t kelak. Itu yang lebih baik untuk semua orang,” jelasnya.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *