Aktres jelita, Nur Fazura mencvri perhatian ramai menerusi perkongsiannya di media sosial ketika sedang diajar bersilat oleh suaminya, Fattah Amin untuk mempromosikan produk di TikTok.

Menerusi video disebalik tabir yang dimuatnaik di Tiktok @myfazura, dapat dilihat Fattah sedang menunjukkan langkah silat sambil diperhatikan oleh Fazura.

“Comelnya Awang Mengajar Bini”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat gelagat Fattah Amin yang memegang watak Awang dalam filem Mat Kilau sedang mengajar Fazura bersilat, malah ada yang menyifatkan pasangan suami isteri ini saling melengkapi antara satu sama lain.

“Fazura support filem Fattah, Fattah support business Fazura. Saling melengkapi.”

“Patutlaa gempak silat Fazura rupanya ada tok guru.”

“Another level dah. Pengarah marketing.”

“Both very supportive. They’re so lucky to have each other.”

“Comelnya Awang mengajar bini.”

“Alaaa kenapa comel sangat ni.”

VIDEO :

via TikTok @myfazura

Sekadar info, Fattah Amin memegang watak sebagai Awang dalam filem Mat Kilau yang masih ditayangkan di pawagam. Difahamkan, tayangan filem itu kini sudah berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta dalam tempoh tujuh hari ditayangkan. Hebat!

Sumber : murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!